Kematian hadir tanpa duga. Tiada siapa tahu bila dan dimana. Namun ada insan
yang kecewa dengan hidup dan berangan untuk mati. Mereka sanggup terjun bangunan
setinggi lapan belas tingkat untuk mengakhiri hidup akibat putus cinta. Mereka fikir, mati
itu satu kemanisan dan penyelesai segala kekusutan hidup. Biar mati terhina daripada
hidup terseksa!
Mereka tidak sedar mati begitu menyakitkan ibarat dicincang oleh seratus bilah
pisau. Apatahlagi mati dalam keadaan kufur. Roh yang keluar amat busuk dan dikutuk
oleh sekalian makhluk. Segala binatang dan makhluk boleh melihat roh melainkan
manusia dan jin sahaja yang tidak diizinkan Allah untuk melihatnya. Roh itu dicaci dan terawang-awang dengan penuh kekesalan.
Tapi lain pula halnya bagi calon syurga. Daripada hadith, bahasanya pada
mukmin, apabila putus hubungannya dari dunia dan berhadapan dengan akhirat, saat
hembus nafas, turunlah atas mukmin itu malaikat dari langit. Putih segala mukanya
seolah-olah mereka itu matahari dan serta dengan mereka itu kapan daripada kapan
syurga - jika si jenazah adalah calon syurga. Maka duduklah malaikat itu disisi mukmin itu sejauh sepandang mata. Kemudian malaikat maut pun datang, duduk dekat kepalanya lalu berkata, “Keluarlah olehmu hei nafsu mutmainnah. Kembalilah olehmu kepada keampunan Allah dan keredhaan Nya.. sabda Nabi maka keluarlah ia dan mengalir dari badannya seperti mengalir titiknya air dari bekasnya. Maka malaikat ambil akan nafsu tadi dan diserahkan kepada malaikat rahmat. Dia menghantar nafsu itu. Dan terhidulah bau wangi nafsu itu seperti bau kasturi.
Masyarakat umum mempercayai seseorang itu sudah mati apabila tiada lagi desah
nafas dan berhenti sudah degup jantung. Manakala masyarakat Islam mempercayai
bahawa mati bermaksud tercabutnya roh dari badan. Dan persoalan demi persoalan
berkaitan roh hanya mampu dijawab oleh Allah s.w.t.
Sehebat manapun kita, akhirnya akan mati dan hancur jua. Apabila mati,
segalanya telah berlalu dan tidak dapat diubah. Maka ingatlah sentiasa akan mati kerana
ia satu peringatan..
Friday, March 12, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment