Thursday, March 25, 2010

Sahabat Sejati



Hari nie haku nak ungkai maksud sahabat sejati.......sbb susah sgt nak cari sahabat sejati di dunia yg luas ini......

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

'Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..'

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personality individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.

Sebagai manusia yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:

sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.

sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.

Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

Edited lor.....

Tuesday, March 23, 2010

Kawan Makan Kawan



Hai Guyzzzz lama haku tak menulis. Kali ini haku nak kongsi2kan 1 lagi tajuk yang sering kita dengar sebelum ini. Malah sering disebut di mana2 bukan sekadar di dalam dunia maya ini sahaja, iaitu “Kawan Makan Kawan”.

“Kawan Makan Kawan” yang aku faham, merupakan salah satu perbuatan keji yang dilakukan oleh kawan atau sahabat karib kita sendiri. Malah ia boleh dianggap hina, tapi apakan daya. Kita tidak layak memberikan hukuman atau menjatuhkan hukuman, kerana itu adalah urusan Allah SWT.



Terdapat pelbagai bentuk yank boleh dikategorikan dalam istilah “Kawan Makan Kawan” ini, dari segi kewangan, harta benda, kepentingan diri sendiri dan banyak lagi. Kali ini aku ingin kupaskan dari sudut hati dan perasaan, atau bahasa lainnya dengan lebih tepat pasangan yang ingin dijadikan teman hidup.

Mungkin anda juga pernah mengalaminya ataupun anda sedang mengalaminya, itu bermakna hubungan anda tidak berjaya. Bayangkan kesetiaan anda kepada si dia umpama bahan gurauan, seperti permainan yang boleh dibawa ke sana ke mari. Bila mahu, pelbagai kata-kata manis dilepaskan. Bila sudah tidak mahu, ditinggalkan begitu sahaja.

Bukan dengan alasan yang kukuh, tapi melibatkan pihak ketiga. Lebih malang lagi, pihak ketiga itu merupakan sahabat karib anda sendiri. Seorang insan yang anda kenal, seorang yang bertepuk tampar, seorang insan yang dikenali sebagai KAWAN.

“Kawan Makan Kawan,” pengalaman ketiga yang bakal haku alami. Mungkin atau tidak, kita tunggu sahaja. Jika ia berlaku, mungkin itu telah tertulis dalam perjalanan hidup haku. Kepala aku berat sekali bila menulis blog ini, mengenangkan impian yang aku pernah bina dahulu dimusnahkan oleh KAWAN atau SAHABAT haku sendiri. Tapi haku tidak tahu mengapa diri haku tidak pandai menyalahkan orang lain, apa yang membuatkan kepala haku berat adalah SALAH HAKU SENDIRI. Dari dahulu hingga kini, setiap perkara yang berlaku. Adalah salah haku. Mungkin itu lebih baik dari menyalahkan orang lain.

Kini timbul persoalan pada kotak pemikiran haku, apakah perasaan anda jika perkara sebegini berlaku di dalam hidup anda semua? Cinta, sayang dan setia bagai satu nyawa. Tapi kesudahannya diceraikan menjadi kenangan terindah sahaja. Apakah pendapat anda? Janganlah pepatah ini menjadi realiti di dalam hidup anda, “Harapkan pagar, pagar makan padi.” Maaf jika pepatah ini tidak sesuai untuk tajuk blog pada kali ini.

Tuesday, March 16, 2010

Sabar Separuh dari Iman

Salam...hari ni haku nak buka topic Ujian dari Allah SWT....Bercakap mengenai ujian, baru-baru ni haku agak kerap memikirkan mengenai ujianNya.Kenapa kita di uji dan apakah faedahnya?Mengapakah dikatakan setiap ujian itu adalah hikmah...?Perkara ini mudah untuk mendapatkan jawapannya sekiranya hati kita ada sifat REDHA...inilah penawar bagi penyakit yang menyerang insan2 yang sedang diuji...pertama sekali fahamilah apakah yang dikatakan dengan ujian...Allah SWT melimpahkan ujian itu datangnya dari 2 keadaan.Sama ada ujian berbentuk kesusahan atau kesenangan....dan yang paling kerap berlaku pada kita adalah ujian berbentuk kesusahan kerana sesungguhnya yang lebih berat antara keduanya adalah ujian dimasa kita diberikan kesenangan...dan Allah S.W.T maha penyayang memberikan yang paling ringan pada kita.Ujian itu dilimpahkan untuk memberi kita peluang menambah saham pahala.Mengapa haku cakap macam tu sbb bila kita dilimpahi sesuatu masalah kita akan bersabar dan cuba menanganinya dengan jalan redha dan mengingati Allah SWT sebagai sumber kekuatan.Kita tidak akan putus dengan usaha dan berdoa supaya Allah memberkati kita dan mempermudahkan segala urusan kita.Maka dengan itu kita tidak akan lupa dan sentiasa berada di tali Allah SWT.Bukankah itu suatu hikmah...Bukankah itu sebagai pembantu untuk kita meraih sebanyak mungkin pahala di bumi Allah SWT ini selagi usia dikandung badan.Sedarlah kita sesungguhnya ujian itu tidak lain memberikan kita inspirasi untuk menjadi seorang yang kuat dan yakin...di samping menjadikan kita hamba yang taat dan dicintai Allah SWT. Dan berpeganglah kepada ayat ini...walau apa pun yang berlaku bukan atas kehendak kita atau yang dinamakan takdir, maka sebenarnya ALLAH SEDANG MENGATUR YANG TERBAIK UNTUK KITA...Allah maha penyayang dan Allah tidak akan membiarkan hambanya dalam kesusahan dan keperitan tanpa sebab...sesungguhnya Dialah yang menciptakan kita maka Dia jualah yang lebih mengetahui yang terbaik untuk kita.....wasalam.